Sunday, December 10, 2017

#TravelogYuiema : Hanoi, Vietnam

Hai....

tahun ni destinasi percutian Yuiema bersama-sama kawan adalah ke Hanoi, Vietnam... Vietnam ni bukan lah tempat untuk korang melancong macam ho chi min tu tapi jika korang sukakan sejarah atau sukankan tempat yang indah pandangan, boleh la datang ke sini.. Yuiema sangat2 rekemen tempat ni....
tetapi agak sukar nak makan tempat yang halal, so sepanjang kami di sana kami sudah membawa bekal megi dan roti...
segala aktiviti pembayaran di hanoi adalah menggunakan duit bath atau pun dolar.. tetapi kebanyakannya senang menggunkan dolar dan diorang lebih prefer dolar berbanding dong.. Yuiema tukar duit 30% dong, 70% dolar. perbelanjaan disini sangat jimat kerana Yuiema masih berbaki 60% dari duit yang ditukar...

Yuiema bagi summarize kan jela aktiviti hakak kat sana :)

1st day (17/5/2017)

  • Kami sampai di airport Noi Bai International Airport. dari sini kami menariki grabcar memandangkan teksi di hanoi banyak yang spam. 
  • dalam tengah hari kami sampai hi GA Hostel and Traverl. dah namanya hostel so kami akan berkongsi bilik dengan beberapa lagi pelancong lain... dalam 1 bilik hostel boleh menempatkan dalam 8 orang...   gambar bawah ni waktu kami lepak2 untuk makan. agak susah nak mencari makanan halal di hanoi, jadi kami hanya makan megi yang dibawa khas dari Malaysia 😁....   
  • Owner hostel sangat peramah dan banyak membantu kami dalam aktiviti backpackers ni...                                                      

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and child       


  • setelah selesai membuat perbincangan aktiviti, kami memulakan aktiviti dengan melawat tempat2 menarik di sekitar hostel. hostel ni terletak di kawasan tumpuan pelancong. dan kebanyakan tempat2 menarik semua berdekatan dengan hostel ini.. so kami hanya berjalan kaki ke semua tempat2 menarik ni...
  • Water Puppet Show ni antara keunikan juga disini... shownya dalam bahasa Vietnam opkos la kan.. tapi dari segi persembahan kita boleh agak la jalan ceritanya berkisar tentang apa. show ni dalam 2jam jugak kalau xsilap hakak la... Fee untuk masuk dalam USD 3.. 

  • seterunya kami berjalan2 ke sekitar kawasan situ dan terdapat banyak pagoda di sekita Hanoi. dan minum kopi vietnam yang sangat kaw dan sedap


  • Tak banyak pon yang kami pergi pada hari pertama sebabnya malamnya kami akan berangkat ke Sapa menaiki kereta api... 
  • untuk ke Sapa dari Hanoi akan mengambil masa selama 9jam(agak lama) tetapi disebabkan perjalanan kami pada waktu malam so kami hanya tido sepanjang perjanan ke sana... sampai ke sana lebih kurang pada pukul 6 pagi.. 
  • harga tiket untuk train sebanyak USD40, kami beli online masa di malaysia lagi
  • tetapi malangnya sepanjang kami di Sapa cuaca hujan dari pagi smpai ke petang :(
  • xde apa yang kami lakukan ke sana cuma ambil gambar dalam keadaan kesejukan sahaja
2nd day (18/5/2017)
  • sebelum menaiki cable car, kami sempat untuk breakfest di Sapa, waktu ni dah hujan 
     
  • ni semasa di dalam cable car... cuaca disini agak sejuk.. kami sarankan agar korang menyediakan baju sejuk untuk ke Sapa

         
  • ni permandangann dari dalam cable car... sawah pagi yang sudah habis dituai.... nampak sangat cantik corak tanah2 dibumi Sapa
             
  • gambar bawah sekitar kawasan puncak Gunung Fansipan. Untuk pengetahuan korang, Fansipan adalah gunung yang tertnggi di Indochina yang terletak di Vietnam. Jika tidak hujan permandangan disini sangat cantik. Tapi kami tidak berpeluang untuk melihat kecantikan kawasan pergunungan Fansipan. 
  


  • selepas turun dari puncak, kami hanya berjalan2 sekitar Pekan Sapa, untuk menunggu waktu pulang ke train station. 
3rd day (19/5/2017)
  • Hari ke3 kami akan ke Halong Bay, tempat di mana pengambaran cerita Kong dijalankan... sangat cantik pemandangan disini... 
  • Kami dibawa menaiki bot untuk ke sekitar pulau2 di halong bay


  • kebanyakan batu2 disini terdapat ukiran haiwan2 secara semula jadi... gmbar2 dibwah adalah contoh corak kucing terdpat pada batu di gua ini

4th day (20/5/2017)
  • hari ke4 kami hanya melawat tempat bersejarah di sekitar Hanoi, kami hanya berjalan kaki dari 1 tempat ke 1 tempat kerana jarak yang sangat dekat..
  • Highlands coffee antara coffee yang popular disini.. dan kesemua coffee yang Yuiema minum sepanjang disini memang malamnya xboleh tido :( 




  • Market Cho Dong Xuan adalah antara mall yang femes disini.. banyak makanan terutama buah buahan kering dijual.. semasa kami sampai disini mall ni sudah pon ditutup jadi kami jalan2 di pasar malam sahaja.... souvenir jugak dibeli dipasar malam



5th day (21/5/2017)
  • OK... dah tiba masanya untuk kami berangkat pulang.. kami meminta pertolongan pihak hostel untuk menempah grab untuk kami memandangkan kami bergerak agak awal pagi masa tu... dan pihak hostel sangat friendly dan banyak membantu sepanjang kami disini......
  • Jumpa lagi untuk #travelogYuiema akan datang.... 

No comments: